Monday, May 28, 2012

rosak.duit PTPTN.aku.

Assalamualaikum. hye people. bila buka dashboard, bertimbum orang update new entry. secara randomnya aku pilih untuk membaca. tapi baca punya baca, last last aku dapat idea nak menulis ini. apa banda dalam otak aku pon aku tak sure. penangan ubat panadol pink memang hebat. dari sakit tak boleh bangun, terus bertukar boleh menaip. 

aku dah lama tak update blog. bukan malas. bukan busy sangat pon cuma internet dan idea yang menjadi penghalang. masa aku ada idea nak menulis, internet takda, assignment yang ada aku buat buat macam takda. hihihihi. bila dah dekat due date baru rambut mula jadi macam hantu kak limah. kembang sana kembang sini. dan sekarang cuti seminggu. cuti gawai katakan. untung juga jadi warganegara berbilang kaum ni, semua perayaan dapat cuti. asyikk bangat :) 

macam macam cerita aku nak cerite. tapi bila di fikirkan balik, macam dah lapuk. yelakan buat apa nak update story lapuk. orang pon taknak baca. haaa. tapi aku nak cerite juga pasal satu benda ni. sebenarnya kan lappy aku baru saja selesai pembedahan usus tapi petang. selama lima belas minat dia dibedah. screen pecah. retak seribu. dengan kos RM175, dia dah kembali pulih seperti biasa. semuanya disebabkan kelalaian aku menjaganya. kesian baby lappy aku ni. 

dah nampak dah tak boleh nak nikah lagi. laptop sendiri pon tak boleh nak jaga. ada hati nak jaga suami nanti. ye dak? ehh. bukan suami ke kena jaga isteri miahahhaha. tapi kan tadi along aku mengeluarkan statement yang tidak menyenangkan hati batin aku seyh., 'tak payah nikah lagi la, tunggu abis PhD dulu' perghhhhh. nak terkeluar biji mata aku bila along aku cakap cenggitu tadi. mak aihhhh. andartu la aku lepas ni. ini tak boleh jadi!!! ahahhaha. tapi kalo nikah lewat, sempat la calon suami aku kumpul duit banyak banyak dulu. ye dak? tapi duit bukan boleh menjamin kebahagiaan pon. just sampingan dan pelengkap kehidupan je. semua tu dunia saja. tapi aku suka duit. macam mana tu? :P 

cakap pasal duit, sekarang ni otak aku asyik duk fikir, bila la duit PTPTN aku nak masuk ni. lambat kan. lambat sebab first haritu aku kena reject. nak dijadikan cerite, lepas aku tahu aku kena reject, aku call PTPTN. ye la nak tahu apa yang tak kena kan. semua form aku dah isi. dah cop. dan sign. semuanya dah. call punya call, last last aku pula yang kena marah. aku cakap lembut die tengking aku. dah la cakap aku yang tak paham. kurang asam betul la, harap je nak bagi aku pinjam duit, kalo tak, tak naknya aku nak bergayut buang kredit call PTPTN tu ha. 

dengan rasa tidak puas hati, aku terus ke HEP. apa lagi. mengadu la kan. tu aku punya kepakaran hahahhah. last last pihak uitm yang settlekan dengan PTPTN. tersengeh aku. tapi dah lama ni. duit tak masuk masuk juga. wa panas der. tibe2 rase panas. hahahah. yela, list barang aku nak borong dah lama ada, makin bertambah pon haa. pape pon aku masih mampu menunggu. 

anyone yang study uitm, dan sent ptptn kelompok pertama, korang dah dapat ke duit untuk sem ni? sapa sapa ada maklumat, let me know ok? ehhehehe. terima kasih. till here ^^ 

Saturday, May 19, 2012

Siapa aku nak SOMBONG?

Salam earthlings' people. ^__^

mulakan hari mu dengan senyuman. senyum itu sedekah. sedekah itu berkat. berkat dapat pahala. banyak pahala masuk syurga. ye dak?selepas  selesai mengadiri khusus pra perkahwinan, banyak ilmu yang aku dapat. mostly people will say that, if join khusus kahwin, semua ilmu pasal rumah dan tangga sahaja. but, it's totally wrong because bukan ilmu kahwin saja, macam macam ilmu yang aku dapat. kalau nak share, mau tak habis. mana taknya, semua slot ada 11. cube bayangkan betapa banyak ilmu ilmu baru yang aku dah dapat. cuma, ada yang dapat aku serap dan ada yang terbang bersama angan anganku hehehhe.

pasal sombong ni dah lama wujud sebenarnya. tapi lately ni banyak pula manusia menimbulkannya kembali. kenapa eh? adakah muka aku dah azali nampak sombong? ke dekat dahi aku ade label as an arrogant person? aku tak paham. aku pon blur. kalau aku sombong, kenapa aku still berkawan dengan orang. aku ada ramai kawan. dekat dunia nyata mahupon dunia siber. pelik kan. kenal pon tak tapi boleh judge itu ini. sombong la perasan la bajet la. eh helo. try check dalam diri kita tu SEBELUM tunding jari dekat orang lain. aku sabar. aku tahan. aku pekakkan telinga aku bisukan mulut. 

sabar adalah separuh daripada iman. nak dapat iman bukan mudah. apatah lagi nak jadi seorang yang penuh dengan kesabaran. sebab tu orang cakap orang sabar ni adalah orang yang tinggi darjatnya. korang bayangkan nak dapat separuh daripada iman bukannya mudah. ni adalah salah satu kata kata aku ingat yang keluar dari salah sorang daripada penceramah khusus semalam. alhamdulilah. banyak benda aku kena improve lagi. selagi masa masih ada, kita masih lagi mampu dan boleh berubah. macam juga orang main bola. if first half tiada sebarang jaringan dapat dibolos. but, selagi masa masih ada, all the players kena struggle nak score. ye dak? sama juga dengan diri kita. 

siapa kita nak jadi sombong? kita dengan makcik jiran sebelah, dengan doktor india dekat IJN, dengan cina tukang kasut dan semua manusia adalah sama je. semua berasal dari tanah. dicipta daripada tanah. dah la kita ni hambaNya. ada hati nak sombong? ada hati nak belagak hebat. tak sedar ke semua ni? mesti tak kan. ye, kita manusia. kita lalai dan alpa. tapi tak kan sampai bila bila nak lalai dan tak sedar diri. aku terfikir bila ada yang sampai hati cakap aku sombong. sebabnya aku tak balas komen, tak balas blogwalking, tak update blog, tak komen entry depa dan macam macam lagi. segalanya aku telan. telan macam makan ubat antibiotik. pahit tak sedap tapi terpaksa ditelan jua. 

aku tak sombong. aku tak bongkak. aku tak pilih kawan. tapi aku tak cakap aku baik. aku tak cakap aku perfect. aku pon sama macam korang semua. kita kan sama :) so lepas ni ikhlaskan lah setiap ape yang kita buat. ingat kiri kanan kita ada yang mencatatnya. mereka tak pernah tidur. tak ada office hour pon untuk mereka. dan mereka tahu apa yang kita buat. sama juga denganNya yang Maha Agung. ingat. kita hidup hanya menumpang saja. kita kena sedar. ibarat menumpang di rumah orang. tak kan nak tumpang selamanya. sampai masa pasti kita akan pulang ke tempat asal. betul tak? 

sama sama kita fikir. ape yang buruk sama sama kita ubah. apa yang baik, kita upgradekan lagi. dan aku tak marah kalau orang nak unfollow blog aku or nak cakap apa pon pasal aku. aku tak kesah. korang mengumpat, aku tak rugi sesen pon. untung adalah sebab aku dapat reward pahala. kan best macam tu. ehhehehe. satu je aku nak pesan, aku jadi sorang blogger bukan sebab nak kejar populariti, bukan nak bajet retis, bukan nak jual muka, bukan nak mengata orang or mengumpat orang TAPI aku nak meluahkan perasaan aku, pandangan aku, cerita aku. nak tahu baca tak nak tahu tak payah baca. tak paksa pon. siapa aku nak paksa orang. sedangkan Allah pon tak pernah memaksa inikan aku. sama sama kita renungkan. :)

selamat beramal.

p/s: entry dah macam ceramah kan. hahahahah. apa yang aku dapat dari khusus pra perkahwinan tu, aku akan share. kalau salah tolong betulkan. ingat! jangan mengumpat or cakap belakang aku. cakap depan tak apa. korang mengumpat aku yang untung. so, nak hilang ke nak tambah pahala? PEACE  till here. ^__^

p/s/s: ehem3, tahniah kepada pasukan TRW kerana dapat mengalahkan Sime Darby sebentar tadi. GKG <3 i'm proud to be a Kelantanese aummmmm :)


Friday, May 18, 2012

Kursus Pra Perkahwinan PART 1 :)

Assalamualaikum. helo adik kakok kito terrr~ sehat ke semuanya? moga moga sehat walafiat la hendaknye. today 18 may. bersamaan hari jumaat. hari segala hari. hari ini, aku bersama teman serumah aku menjoinkan diri menjadi peserta khusus perkahwinan yang diadakan di UiTM KB. dengan bayaran RM 50 selama dua hari khusus berlangsung. 

as usual la, majority adalah kaum hawa ehehhehe. kata ustaz tadi, kaum hawa je ke nak nikah ni? kaum adam tak nak la tu hehehehe. boo sama kaum adam. hahahah. padahal nanti nak kawin pon dengan lelaki. ye dak? seriusly memang terbaik. penceramah pon best best belaka. 

for the first day, ada enam slot semuanya. ibadat, akidah, akhlak, penjagaan kesihatan, hubungan dalam keluarga dan komunikasi suami isteri. overall memang enjoy. even agak open cara ceramah disampaikan, tapi tak rase malu sangat sebab lelaki tak ramai. nak gelak macam puaka pon tak ade hal. 

semua slot depends dekat cara penceramah menyampaikan ceramahnya. mula mula agak slow. mata aku pon slow je nak celik. bila next next slot, makin best ahhahahaha. syoikkkk. dah dapat penceramah best mana tak best kan. 


pape pon, aku belum bersedia la nak berumah tangga. tanggungjawab berat amat. calon suami pon tak sedia lagi. ye dak sayang? hahahahahha, tapi aku masih belum bersedia nak menerima komitment as a wife. best dan bahagia sangat, tapi apa kan daya, banyak lagi tanggungjawab lain aku kena pikul. perkahwinan? aku letak tepi dulu. ehhehehe. amik khusus kawen awal bukan bermakna aku dah nak kawen. oke? till here ^^ 

to be continued tomorrow, inysaAllah :)